Tuesday, October 12, 2010

AL KiSaH

Blog ini dicipta oleh kami bagi tujuan blog presentation bagi kursus UK4643-Undang-Undang Siber. Secara ringkasnya, kursus ini menberi penekanan kepada peruntukan dan pemakaian undang-undang siber di malaysia dengan merujuk kepada akta undang-undang siber 1997. Blog ini merupakan salah satu komponen penilaian dalam kursus ini iaitu Group Assignment 2. Kami telah ditugaskan dengan topik INTERNET SHOPPING : LEGAL ISSUES. Topik ini agak menarik bagi kami kerana ianya sangat relevan dengan perkembangan dunia siber di malaysia. Jadi, disebabkan topik ini, kami berlima terpaksa menbatukan diri di depan laptop dan komputer berjam-jam lamanya (tidak terkira) untuk mencari ilham, sumber2 dan bahan-bahan yang bernas bagi dipaparkan di blog ini. Hatta adapun disebabkan oleh hal itu, diharapkan penilai kami, Dr Nazura yang berhemah tinggi, berintegrasi dan berwawasan serta baik hati dapatlah sekiranya menerima blog kami ini dengan seadanya. 


Kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga,
kalau pakai kail sejengkal juga,
mainlah di fun fair berdekatan sahaja.


Wassalam.

2 comments:

  1. peh..power la korang..same r.aku kne buat tok english for law tpi x besh r efl ni...yg pnting pantun 2 aku suke

    ReplyDelete
  2. time kasih daun kladi,
    kalau boleh komen lagi..

    ReplyDelete