Tuesday, October 12, 2010

Perniagaan Internet @ Penipuan Internet??

Perniagaan Internet adalah di mana terdapat jual-beli produk atau perkhidmatan di Internet. Sebagai contoh, menjual kain batik ke pasaran global menggunakan Internet, menjual buku melalui Internet, memberi perkhidmatan mengalih bahasa melalui Internet, memberi perkhidmatan dan sebagainya.contoh perniagaan internet yg terkenal adalah seperti ebay, mudah.my dan lelong.com.

Penipuan Di Internet??
      Penipuan di Internet sudah menjadi trend yang semakin meningkat pada hari ini.
      Ramai orang telah menjadi mangsa atas kerangkusan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mengaut keuntungan mudah.
      Kebiasaannya mangsa yang mudah ditipu adalah mereka kurang berpengetahuan dalam bidang IT atau mereka yang masih baru dalam dunia Internet.
      MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.

 Jenis-jenis Penipuan Internet.
      Kategori 1 : Penipuan Emel.
      Kategori 2 : Penipuan SMS.
      Kategori 3 : Penipuan Di Laman Web Sosial.
      Kategori 4 : Penipuan Di Youtube.com
      Kategori 5 : Penipuan Pengiklanan Online.
      Kategori 6 : Penipuan Di Mudah.my
      Kategori 7 : Penipuan Pelaburan Internet.
      Kategori 8 : Penipuan Di Laman-laman Web.
      Kategori 9 : Penipuan Di Forum-forum Internet.
      Kategori 10 : Penipuan MLM Internet.
      Kategori 11 : Penipuan Surat/Emel Berantai.
      Kategori 12 : Penipuan Program Amal Kebajikan Di Internet.

Faktor-Faktor Berlakunya Penipuan??
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan ramai mangsa mudah ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Faktor utama penipuan ini terjadi disebabkan sikap mangsa itu sendiri kerana mudah terpengaruh dengan program atau skim-skim yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam tempoh masa yang singkat. Sikap seperti inilah yang harus diubah supaya penipuan di Internet dapat di banteras habis-habisan agar pihak yang menjalankan perniagaan Internet sebenar tidak terkena tempiasnya. “Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga”.
Selain itu kesedaran yang rendah tentang penipuan di Internet, juga menjadi faktor mengapa ramai orang mudah ditipu. Untuk itu ramai IM telah memainkan peranan sebagai tanggungjawab sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penipuan yang berlaku di Internet dengan menulis artikel, menerbitkan ebook, mengadakan seminar dan sebagainya.

 Langkah-langkah mengatasi??

Pengguna:
      berhati-hati serta berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu transaksi pembelian online
      Menyemak dan memastikan kesahihan barang yang didagangkan/dijual.
      Tidak memberi apa-apa maklumat penting berkaitan diri semasa transaksi jual-beli sedang berjalan
      Tidak sewenangnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kalau boleh, hanya bayar setelah mendapatkan produk yang dibeli. Pastikan produk yang dibeli ada jaminan wang kembali.
      bertanya dan membaca kontrak dengan teliti sebelum bersetuju dengan sebarang perjanjian.

Peniaga:
      Mendaftarkan perniagaan online mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
      Periksa dengan pihak berkuasa terutama kementerian kewangan dan suruhjaya sekuriti mengenai syarikat atau skim tersebut.


Walaubagaimanapun, masih terdapat perniagaan di Internet yang tiada unsur penipuan. Bukan semua perniagaan di internet bermotifkan penipuan semata-mata. Terdapat banyak perniagaan di internet yang berjaya dan dipercayai seperti amazon.com . Yang pentingnya, langkah keselamatan dan berhati-hati perlu dilakukan sebelum mempercayai dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini. Walaubagaimanapun, back to the basic, penggunaan teknologi pada zaman siber ini seharusnya digunakan secara positif bukan sebaliknya.


No comments:

Post a Comment