Tuesday, October 12, 2010

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM PEMBELIAN ONLINE



Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian dalam talian:
1.    Sebelum membeli sesuatu barang, layari lebih daripada satu laman sesawang yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga;
2.    Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada penjual;
3.    Dapatkan data peribadi dan nombor telefon penjual;
4.    Pembelian dalam talian memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit. Pastikan laman sesawang yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik;
5.    Pastikan alamat laman sesawang berkenaan tertera `https://’ berbanding `http://.’ Ini kerana `https’ merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna;
6.    Simpan resit pembayaran;
7.    Berhati-hati apabila membayar menggunakan kad kredit. Jangan dedahkan empat nombor kad kredit yang terakhir;
8.    Faham terma dan syarat sebelum membuat transaksi.


No comments:

Post a Comment